BEKENU: Gunakan masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke arah yang menguntungkan melalui pertanian di kawasan masing-masing.
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan tinjauan ke kebun timun di Kampung Pejuang Kelulit semalam.
Katanya, sepanjang PKP masyarakat digalakkan untuk mengusahakan kebun di kawasan berhampiran rumah.
“Ketika lawatan ke kebun timun milik Anuar Sahir dan isterinya Zainab Majid di Kampung Pejuang kelulit semalam bahawa usaha mereka sangat berjaya dan membuahkan hasil.
“Pasangan ini berjaya mengusahakan kebun sepanjang PKP.
Mereka juga berjaya menjual hasil timun hampir setan (1,000kg) di sekitar pekan Bekenu,” jelasnya.
Di samping itu, pasangan itu turut menjual pelbagai jenis bunga keladi dan ati-ati, dan difahamkan jualan bunga tersebut mendapat perhatian orang ramai.
Turut hadir wanita Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung Peluang Kelulit.
Oleh ADUM LIU