Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha tingkatkan infrastruktur luar bandar di Krian terus diperkasa
  • WILAYAH

Usaha tingkatkan infrastruktur luar bandar di Krian terus diperkasa

Utusan Sarawak 11 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik melalui Pusat Khidmatnya telah mengadakan lawatan dan penyerahan tapak projek RTP di beberapa rumah panjang sekitar kawasan Krian, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

KRIAN: Usaha meningkatkan infrastruktur luar bandar terus diperkasa apabila beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing untuk dilaksanakan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik melalui Pusat Khidmatnya telah mengadakan lawatan sekali gus menyempurnakan penyerahan tapak projek RTP di beberapa rumah panjang sekitar kawasannya semalam.

ADUN Krian, Friday Belik melalui Pusat Khidmatnya telah mengadakan lawatan dan penyerahan tapak projek RTP di beberapa rumah panjang sekitar kawasan Krian, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Projek-projek berkenaan akan dikawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Betong, yang turut sama hadir dalam program serah tapak terbabit bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan menepati jadual.

Antara rumah panjang yang menerima projek RTP ialah Rumah Noel Semurin, Rumah Tugau Brayang Kamuntang, Rumah Mon Tinting Temedak, Rumah Anthony Melak dan Rumah Punggah Temudok.

Keseluruhannya, projek yang diagihkan melibatkan peruntukan sebanyak RM570,000 dengan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur asas bagi kesejahteraan penduduk setempat.

ADUN Krian, Friday Belik melalui Pusat Khidmatnya telah mengadakan lawatan dan penyerahan tapak projek RTP di beberapa rumah panjang sekitar kawasan Krian, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Menurut Friday, kerajaan Sarawak komited memastikan dana RTP digunakan sebaiknya agar memberi impak terus kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Beliau menegaskan setiap projek akan dipantau bagi menjamin kualiti pelaksanaan serta manfaatnya.

“Harapan kita adalah agar projek RTP ini bukan sahaja meningkatkan taraf hidup rakyat tetapi juga memperkukuh kemudahan asas yang diperlukan oleh komuniti rumah panjang di Krian,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka lawat mangsa kebakaran di PPS Dewan Masyarakat Sri Krian
Next: SFIA sumbang 15 kerusi kepada Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.