Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Usaha tingkat kualiti jalur lebar sedang dilaksanakan
  • BISNES

Usaha tingkat kualiti jalur lebar sedang dilaksanakan

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

SESI SOAL JAWAB… Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar sedang dilaksanakan melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata setakat suku keempat 2021, sebanyak 1,131 menara baharu telah siap dibina daripada 3,205 yang dirancang dan sebanyak 30,180 stesen pemancar siap dinaik taraf daripada 30,810 yang dirancang.

“Dalam masa sama, peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Malaysia turut diberi perhatian di mana ia telah meningkat kepada 95.40 peratus pada suku keempat 2021 berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat, semalam.

Annuar berkata, sebanyak 1,890,899 daripada 2,527,184 premis yang dirancang telah siap dinaik taraf kepada capaian gentian optik.

Selain itu, sebanyak 437 lokasi telah dipasang dengan jalur lebar satelit (WiFi) daripada 839 lokasi yang akan disediakan manakala 402 lokasi lagi dalam peringkat pelaksanaan, tambahnya.

Menurutnya, kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah ‘Point of Presence’ hab gentian optik bagi memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk dengan lebih baik lagi.

Sementara itu, Annuar berkata kerajaan mewajibkan sekurang-kurangnya 61 peratus kontrak prasarana Digital Nasional Bhd (DNB) perlu diberikan kepada Bumiputera.- Bernama

Continue Reading

Previous: Firefly cadang penerbangan terus Pulau Pinang – Miri
Next: Pembukaan sempadan diharap bantu pulihkan perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.