Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Usaha Petronas-SEB bantu perkasa pendidikan murid pedalaman
  • PENDIDIKAN

Usaha Petronas-SEB bantu perkasa pendidikan murid pedalaman

Utusan Sarawak 13 hours ago
HADIR… Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala semasa hadir merasmikan Program Kembali ke Sekolah dan STEM Fiesta 2025 di SK Batu Bungan, Mulu hari ini.

MIRI: Komitmen Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam menyokong pendidikan anak-anak luar bandar terus dizahirkan melalui penganjuran Program Kembali ke Sekolah dan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Fiesta 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan.

Program itu dirasmikan hari ini oleh  Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menyifatkan program itu sebagai satu contoh kerjasama korporat yang berkesan dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman Mulu.

HADIR… Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala semasa hadir merasmikan Program Kembali ke Sekolah dan STEM Fiesta 2025 di SK Batu Bungan, Mulu hari ini.

Menurut beliau, seramai 92 pelajar menerima bantuan kelengkapan persekolahan bagi sesi 2025, sekali gus memberi semangat baharu kepada murid-murid untuk melangkah ke tahun persekolahan yang akan datang.

“Bantuan ini bukan sahaja memastikan pelajar lebih bersedia, tetapi turut memupuk keyakinan mereka untuk terus berjaya.

“Usaha seperti ini menunjukkan kepedulian pihak korporat terhadap pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar,” katanya dalam hantarannya di Facebook.
Tower”.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran STEM Fiesta SK Batu Bungan, yang menghimpunkan sembilan pameran STEM dan empat pertandingan keluarga yang merangkumi Roket Air, Kereta Belon, Cabaran Titanic dan Menara Spageti.

Datuk Gerawat menegaskan, kerjasama antara Petronas, SEB, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak membuktikan bahawa pendekatan pelbagai sektor mampu memperkukuh pembangunan modal insan di kawasan terpencil.

“Pendidikan adalah asas kemajuan. Melalui sokongan pelbagai pihak, kita dapat membantu pelajar bukan sahaja dari segi persediaan fizikal, tetapi juga memupuk minat mereka terhadap bidang sains dan teknologi,” jelasnya.

Beliau turut berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan masyarakat Mulu terus menikmati manfaat pembangunan secara inklusif.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SeDidik perkasa pendidikan inklusif: Bahasa isyarat diperkenal, 3,000 kanak-kanak terlibat
Next: Siswa Vietnam, Singapura sertai 172 sukarelawan Misi YSS-ASEAN ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.