Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Usaha perkasa latihan tenaga mahir pembinaan dipertingkat
  • SEMASA

Usaha perkasa latihan tenaga mahir pembinaan dipertingkat

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Seri Ahmad Maslan ketika sidang media selepas lawatan ke Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) di Kuching, Wisma Hong, hari ini.

KUCHING: Usaha memperkasa latihan bagi melahirkan tenaga kerja mahir tempatan dalam sektor pembinaan terus dipergiat bagi memenuhi keperluan industri, khususnya di Sarawak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setakat ini isu kekurangan tenaga kerja bukanlah masalah utama, namun terdapat keperluan khusus bagi pekerja mahir dalam projek tertentu seperti pembinaan hospital.

Menurut beliau, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) giat melaksanakan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan selaras dengan keperluan industri semasa.

“CIDB sentiasa mengadakan kursus dan latihan bagi melahirkan pekerja mahir tempatan mengikut keperluan sektor pembinaan, termasuk bidang pengendalian jentera berat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan tenaga kerja mahir selepas lawatan kerja ke Pasukan Projek Khas 2 (PPK2) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata inisiatif turut disokong oleh kerajaan negeri yang menyediakan kemudahan latihan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan lebih RM1 juta bagi penyediaan dua unit kren kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia untuk tujuan latihan pengendalian jentera.

“Langkah ini membolehkan latihan dijalankan menggunakan peralatan sebenar berbanding kaedah simulasi sebelum ini, sekali gus meningkatkan tahap kemahiran peserta,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan komited memastikan tenaga kerja tempatan terus diberi keutamaan dan tidak terjejas, termasuk mengelakkan sebarang pembuangan pekerja akibat tekanan kos dalam industri.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MOSTI terima maklumat awal objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.