Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usaha memartabatkan Baju Kuas sebagai identiti budaya Iban
  • TEMPATAN

Usaha memartabatkan Baju Kuas sebagai identiti budaya Iban

Utusan Sarawak 7 hours ago
Susan Chemerai (duduk tengah) merakam kenangan bersama peserta Kursus Pembuatan Baju Kuas anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N31 Bukit Begunan.


SRI AMAN: Usaha memperkasakan wanita luar bandar melalui pemeliharaan warisan budaya terus diberi perhatian apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N31 Bukit Begunan menganjurkan Kursus Pembuatan Baju Kuas selama dua hari di sini.

Ahli Dewan Negara, Senator Susan Chemerai Anding berkata kursus berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta, khususnya golongan wanita, mengenai teknik menghasilkan Baju Kuas iaitu busana tradisional penting dalam Ngepan Iban Balau.

Beliau menegaskan penganjuran kursus itu amat penting bagi memastikan ilmu membuat Baju Kuas tidak pupus.

“Kursus ini bukan sahaja menghidupkan kembali warisan budaya masyarakat Iban, malah mampu memperkasakan wanita luar bandar.

“Selain menjadi hobi, kemahiran ini juga boleh menjana pendapatan kerana nilai pasaran sehelai Baju Kuas mencecah sekitar RM400, bergantung pada corak dan kualitinya,” katanya.

Tambah beliau, Baju Kuas wajar diangkat semula sebagai sebahagian daripada identiti budaya Iban Sarawak, terutamanya masyarakat Iban Balau di Bukit Begunan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada Ketua Wanita N31 Bukit Begunan, Phylis Muda serta semua Ketua Wanita Ranting yang memainkan peranan besar dalam menjayakan kursus berkenaan.

“Saya berharap kursus ini dapat menjadi landasan penting dalam memperkukuh jati diri wanita Iban melalui warisan budaya, di samping membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat setempat,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Roslyn Mapong.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Bukit Song capai 98 peratus, dijangka siap Oktober ini
Next: HighChem dan Biaramas meterai MoU percepat penggunaan bas hidrogen di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.