Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha laksanakan pembangunan diperlukan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha laksanakan pembangunan diperlukan rakyat

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAPOR Ahmad mewakili ADUN Kalaka telah menghadiri majlis serah tapak projek siap naik taraf laluan masuk ke Rumah Remon Plunga Baroh dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

ROBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan kerajaan sentiasa berusaha melaksanakan pembangunan infrastruktur asas secara berterusan seperti yang diperlukan rakyat.

Jelasnya, selain memantau perkembangan projek di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), pihaknya turut mendengar keluhan dan permohonan tambahan yang disuarakan rakyat di pedalaman meskipun pelbagai projek kemudahan asas sudah dan sedang dilaksanakan di kawasannya.

“Selain memantau perkembangan projek RTP yang sedang giat dilaksanakan, kita juga mendengar permohonan tambahan yang disuarakan penduduk.

“Kita dapati memang ada permohonan yang diperlukan rakyat termasuk menaik taraf jalan, parit, jambatan, jeti serta kemudahan lain dan kita ambil maklum permohonan tersebut untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka telah menghadiri majlis serah tapak projek siap naik taraf laluan masuk ke Rumah Remon Plunga Baroh dekat sini semalam.

Mohamad Duri mahu setiap projek rakyat yang dibiayai kerajaan Sarawak itu dapat disiapkan mengikut jadual sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebab itulah kita mahukan projek-projek yang memberi impak yang besar kepada rakyat ini, harus diberi pemantauan yang berterusan dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

“Kita tidak mahu terdapat rungutan dan permasalahan kepada pelaksanaan projek-projek terbabit yang akhirnya akan memberi kesan negatif kepada rakyat amnya,” ujarnya.

Sementara itu, projek naik taraf laluan masuk ke Rumah Remon Plunga Baroh Roban ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong selaku agensi pelaksana projek dan Syarikat Allyputra selaku kontraktor yang dilantik menerusi proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan memberikan keselesaan kepada penduduk Rumah Remon dan masyarakat sekitarnya,” tambahnya.
Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerja penggalian punca gangguan bekalan elektrik di Bintulu
Next: JKKK digesa sesuaikan diri hadapi zaman mencabar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.