Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu akan dibincang dengan PM Jepun esok – PM
  • SEMASA

Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu akan dibincang dengan PM Jepun esok – PM

Utusan Sarawak 4 months ago

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hab tenaga baharu di rantau ini dijangka menjadi antara fokus perbincangan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok dan turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Anwar.

Anwar berkata perancangan baharu itu, yang diikhtiarkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merupakan satu pelan yang sangat kritikal dalam bidang peralihan tenaga. 

“Kita akan bicara beberapa isu pelaburan, perdagangan dan suatu rencana baharu yang sangat kritikal dari segi peralihan tenaga atas ikhtiar Premier Sarawak, Abang Johari.

“Kita harap dalam perbincangan itu akan merencana menjadikan Malaysia, khususnya Sarawak, sebagai hab tenaga bagi rantau ini,” katanya ketika merasmikan Forum Ekonomi Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Abang Johari dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar pernah berkata, Sarawak mempunyai potensi besar menjadi kuasa dalam hab tenaga baharu, sekali gus menarik keyakinan pelaburan asing dengan perbincangan dengan negara lain menyaksikan Sarawak menjadi tumpuan utama sebagai hab tenaga di Malaysia.

Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan Sarawak optimis mereka mampu menjadi ‘power house’ dalam pengeluaran elektrik berikutan kemampuan mengeluar dan membekalkannya kepada negara jiran dan ia juga sudah terbukti apabila berjaya membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat, Indonesia.

Beliau juga dilapor berkata kerajaan Sarawak percaya kepakaran dimiliki rakyatnya dalam bidang elektrik dan tenaga baharu akan membantu wilayah itu muncul sebagai hab utama sektor berkenaan di rantau ASEAN. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat SRDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.