Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usaha bina masyarakat sihat dan bebas dadah terus diperkasa
  • TEMPATAN

Usaha bina masyarakat sihat dan bebas dadah terus diperkasa

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM…..ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama para peserta program. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman najis dadah terus diperkasa menerusi Program Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Bahan (MIDS) Daerah Meradong 2025.

Hadir bagi merasmikan majlis penangguhan program anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, program yang bertemakan masyarakat sejahtera tanpa dadah merupakan bukti komitmen semua pihak dalam usaha membina komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada ancaman najis dadah.

“Masalah dadah merupakan musuh nombor satu negara kerana bukan sahaja merosakkan kesihatan, malah memusnahkan masa depan generasi muda, memecah-belahkan keluarga serta mengancam keselamatan masyarakat.

“Satistik terkini menunjukkan bahawa golongan belia merupakan kumpulan paling terdedah kepada penyalahgunaan dadah, sekali gus memerlukan tindakan segera yang menyeluruh dan bersepadu,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut, semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan telah melaksanakan inisiatif pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam usaha menangani masalah dadah.

CENDERAMATA….Datuk Ding Koung Hiing menerima cenderamata daripada KPD Meradong, DSP Tansli Mering. Foto Pusat Khidmat Meradong

Namun katanya, segala usaha tersebut tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada masyarakat.

“Ibu bapa perlu memantau anak-anak, pihak sekolah harus memperkukuh pendidikan pencegahan, manakala komuniti pula perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa.

“Saya menggesa semua pihak agar menjadi agen perubahan dengan menolak penyalahgunaan dadah, menyebarkan kesedaran dan membantu mereka yang terjebak untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Tambahnya, usaha membasmi dadah bukan hanya tanggungjawab kerajaan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat.

“Marilah kita berganding bahu membina sebuah masyarakat yang sejahtera, harmoni dan bebas daripada ancaman dadah. 

“Semoga usaha kita pada hari ini menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang,” katanya lagi.

Turut hadir Ketua Polis (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Setiausaha Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Lau Chi Sing.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: UNIFOR bukti Sarawak amalkan prinsip keadilan dan kebebasan beragama
Next: Persatuan Penganut Tokong Gong De Kuching sambut ulang tahun ke-8, perkukuh perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.