
KUCHING: Pusat Khidmat GPS N14 Batu Kawah yang diketuai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, telah mengadakan sesi taklimat kepada penduduk yang terjejas akibat insiden lonjakan kuasa elektrik di Sin San Tu bagi menerangkan prosedur tuntutan pampasan.
Insiden yang berlaku pada 6 Jun lalu itu dilaporkan menyebabkan kerosakan besar terhadap peralatan elektrik rumah serta harta benda lain di beberapa kediaman di kawasan berkenaan.
Beliau berkata pihak pusat khidmat akan melakukan segala usaha bagi membantu penduduk yang terjejas serta memastikan semua tuntutan pampasan yang sah dapat diproses dan diberikan sewajarnya.
“Kami komited untuk membantu penduduk melalui proses tuntutan ini dan akan berusaha memastikan mereka yang mengalami kerugian menerima pampasan yang sewajarnya,” katanya.
Turut hadir membantu penduduk dalam sesi taklimat tersebut ialah Pengerusi SUPP Batu Kawa, Lim Ah Ted, Kapitan Voon, Kapitan Chai dan Kaunselor Gary Yeoh.
Oleh Connie Chieng