Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usaha berterusan perkasa kemudahan infrastruktur luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

Usaha berterusan perkasa kemudahan infrastruktur luar bandar

Utusan Sarawak 11 hours ago
RAKAM KENANGAN… Anyi (tengah) merakam kenangan bersama penduduk di Rumah Panjang Nyipa Ranggau, Nanga Bat Ngemah Tengah baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Ngemah

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana, baru-baru ini merasmikan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Rumah Panjang Nyipa Ranggau, Nanga Bat Ngemah Tengah di sini, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkasa kemudahan infrastruktur luar bandar.

Dalam ucapannya, Anyi berkata sejak memegang jawatan sebagai wakil rakyat, sebanyak 11 projek RTP telah disalurkan di kawasan Ngemah Tengah, termasuk projek menyimen halaman Rumah Panjang Nyipa sebagai penghargaan kepada penduduk yang telah memberikan kepercayaan kepadanya.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan saya kepada penduduk di sini kerana memberi mandat kepada saya sebagai wakil rakyat mereka, di mana saya menang di peti undi SK Ng Nirok dengan majoriti 90 undi,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan untuk terus memperjuangkan isu yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut, termasuk masalah jalan penghubung dan jambatan, yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat dana konsesi hutan yang akan datang.

Dalam pada itu, Anyi turut mengumumkan peruntukan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Nyipa, yang dijangka akan diagihkan pada Ogos ini.

Turut hadir Exco Wanita Pusat Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Ketua Wanita PRS Bahagian Ngemah, Kaunselor Mutang Karani; Exco Pemuda Pusat PRS merangkap Ketua Pemuda PRS Bahagian Ngemah, Kaunselor Stenny Willis Jenggi; Timbalan Pengerusi PRS Bahagian Ngemah, Ramba Resang serta ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM752,000 disalur kepada 85 penerima pelaksana MRP Fasa 1/2025
Next: IPD Sibu jayakan Program Gaya Hidup Sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.