Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usah terpedaya politik pembangkang – Sim
  • TEMPATAN

Usah terpedaya politik pembangkang – Sim

Utusan Sarawak 3 years ago
DATO Sr Dr. Sim berkata Sarawak mempunyai autonomi.

KUCHING: Warga Sarawak tidak perlu risau dengan pergolakan politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia.

Calon SUPP di Batu Kawa, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak tidak mempunyai isu seperti ekstremisme, jualan arak dan sebagainya ketika mengulas berhubung syarat Kerajaan Persekutuan bagi permohonan lesen untuk kedai makan di Semenanjung Malaysia bermula tahun depan.

Sarawak, katanya, mempunyai autonomi kerana mempunyai Ordinan sendiri untuk penjualan arak.

“Apa-apa yang berlaku di sana bukan tugas saya sebab saya bukan Ahli Parlimen dan tidak ada kena-mengena dengan kita,” katanya sambil berkata Sarawak juga mempunyai kata muktamad berhubung pengurusan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, polisi Sarawak adalah untuk mengekalkan keharmonian dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat.

Beliau menyeru para pengundi di Batu Kawa supaya tidak terpedaya dengan cara politik pembangkang.

Dr Sim akan berdepan dengan empat calon lain di kerusi Batu Kawa, iaitu, Dr Kelvin Yii (DAP), Chai Kueh Khun (PBK) dan Fong Pau Teck (Aspirasi).

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Abang Jo yakin rakyat bijak menilai
Next: Pilihan Raya Pilihan Rasional

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.