Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Urus peruntukan berhemah, telus, berintegriti
  • TEMPATAN

Urus peruntukan berhemah, telus, berintegriti

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… Abdullah Saidol (depan, tiga kanan) bergambar bersama wakil lima pertubuhan yang menerima sumbangan peruntukan berjumlah RM113,000 pada perjumpaan dan acara ringkas bertempat di Masjid Darul Taqwa, di Bintangor semalam.

BINTANGOR: Lima pertubuhan telah menerima peruntukan berjumlah RM113,000 dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol.

Perjumpaan dan acara ringkas penyampaian sumbangan tersebut telah dijalankan bertempat di Masjid Darul Taqwa, pagi semalam.

Lima pertubuhan yang menerima sumbangan peruntukan ialah KEMAS Bahagian Sarikei menerima sebanyak RM3,000, Persatuan Tuai-Tuai Rumah Meradong (RM10,000), SABERKAS Meradong (RM20,000), Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Taqwa, Bintangor (RM30,000) dan Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor (RM50,000).

Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, peruntukan ini bertujuan menampung aktiviti kebajikan dan program kemasyarakatan pertubuhan tersebut.

“Peruntukan yang disumbangkan ini mesti diurus dengan berhemah, telus dan berintegriti.

“Saya mencadangkan supaya penerima peruntukan ini memberi tumpuan kearah kerja-kerja kebajikan kerana ramai yang sedang mengalami pendapatan yang terjejas disebabkan ancaman pandemik Covid-19,” katanya di perjumpaan dan acara ringkas sumbangan tersebut.

Dalam pada itu, Abdullah turut menasihatkan penerima sumbangan peruntukan ini untuk menubuhkan Jawatankuasa Bencana dan Kecemasan untuk memantau pematuhan serta program penjagaan keselamatan kesihatan dalam komuniti masing-masing.

Pada perjumpaan dan acara ringkas tersebut juga, beliau sempat memaklumkan tentang kelulusan Kerajaan Sarawak berkenaan peruntukan RM9.6 juta untuk projek membaiki pulih dan naik taraf Masjid Darul Taqwa Bintangor.

Abdullah juga mengumumkan kelulusan peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf Dewan Serbaguna Komuniti Kampung Melayu Bintangor.

Turut hadir di perjumpaan dan acara ringkas tersebut ialah Pengerusi Masjid Darul Taqwa, Muhamad Mahmud, Pengerusi Surau Darul Elsan Bintangor, Setiausaha SABERKAS Meradong, Qalam Iko, wakil Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bintangor, Senen Hussien, wakil KEMAS, Kaunselor Dayang Fatimah dan KK Maliki Bojin.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: 1,500 JALANI ACD
Next: 48 penerima terima geran MRP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.