Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • URDA disaran tubuhkan
  • TEMPATAN

URDA disaran tubuhkan

Utusan Sarawak 3 years ago

UNTUK KENANGAN… Dato Seri Alexander Nanta Linggi merakam kenangan bersama semua peserta Makmal Sosio Ekonomi URDA anjuran RECODA dan UNIMAS.

SIBU: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) dicadangkan supaya menubuhkan pusat perlindungan dan penetasan spesis ikan asli Sarawak seperti empurau, semah dan tengadak bagi mengisi semula sungai di Sarawak.

Pengerusinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kawasan di bawah bidang kuasa URDA seperti di Belaga, Katibas, Ngemah, Kanowit, Machan, Kapit dan Baleh mempunyai ciri-ciri semula jadi yang terbaik untuk spesies ikan tersebut.

Menurutnya, sungai-sungai di kawasan tersebut terjejas akibat beberapa aktiviti ekonomi sejak 40 tahun lalu, seperti pembalakan, pembinaan jalan secara berterusan dan Projek Empangan Hidro Baleh juga menyebabkan kesan yang sama.

“Tetapi masih terdapat jauh ke hulu sungai di mana sungai masih bersih untuk mewujudkan kemudahan penetasan di sana. Ia pasti boleh dilakukan dan kita tahu betapa berharganya ikan empurau, semah, tengadak dan sebagainya.

“Walaupun kita mempunyai Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok yang telah mengeluarkan ikan untuk menambah bekalan di sungai, saya rasa ia tidak mencukupi. Jadi, saya berharap URDA akan ada program ini,” jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan

Makmal Sosio Ekonomi URDA anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Univesiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), semalam.

Ketika menjawab soalan tentang adakah kawasan khusus telah dikenalpasti untuk mewujudkan pusat perlindungan dan penetasan ikan.

Alexander Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit memberitahu, tiada kawasan khusus telah dikenal pasti untuk tujuan itu dan berharap jawatankuasa di URDA akan memutuskan apa yang perlu dilakukan dan di mana untuk melakukannya.

“Ia harus dilaksanakan bukan sahaja di sungai dalam kawasan URDA, tetapi di kawasan lain juga,” ujarnya.

URDA meliputi kawasan Kapit, Kanowit, Song, Belaga, dan Bukit Mabong seluas 41,186 kilometer persegi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan II yang juga Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera, Jefferson Jamit Unyat, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datu Ismawi Ismuni serta yang lain.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Capai matlamat kemampanan
Next: RM210 juta bantu 46,400 usahawan ‘bangkit’ semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.