Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Uqasha Senrose nekad failkan perceraian terhadap Kamal Adli
  • HIBURAN

Uqasha Senrose nekad failkan perceraian terhadap Kamal Adli

Utusan Sarawak 7 hours ago
UQASHA Senrose.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Uqasha Senrose telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pelakon Kamal Adli, pada 1 Oktober lalu.

Dipetik daripada mStar Online, peguam yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, berkata tindakan itu diambil kerana anak guamnya merasakan sudah tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga mereka serta tidak mampu untuk mempertahankannya.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana perkara ini akan dibicarakan di hadapan hakim. Namun, apa yang boleh saya kongsikan, Uqasha sudah tidak mampu bersabar dan tiada lagi persefahaman antara mereka,” jelas Nurfarhana.

Tambah beliau, sepanjang kemelut rumah tangga berlaku, Kamal Adli didakwa tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memulihkan hubungan tersebut.

Kenyataan itu dibuat selepas prosiding pertama kes mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pagi tadi.

Walaupun begitu, menurut pihak Uqasha, mereka tetap terbuka sekiranya masih ada jodoh antara pasangan itu pada masa akan datang.

Uqasha dan Kamal Adli telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hawra Uqaira.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Kutipan filem Shenzhou-13 cecah 50 juta yuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.