Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UPMS pemangkin pembangunan pertanian di Sarawak
  • PENDIDIKAN

UPMS pemangkin pembangunan pertanian di Sarawak

Utusan Sarawak 17 hours ago
KETIBAAN Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Foto UKAS

SHAH ALAM: Penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) adalah selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) khususnya dalam sektor pertanian dan tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara inisiatif yang membuktikan kesungguhan kerjasama strategik antara kerajaan Sarawak dan UPMS ialah projek inovasi pertanian mampan dan keselamatan makanan.

“Inisiatif yang membanggakan perlaksanaan projek inovasi inovasi pertanian mampan dan keselamatan makanan yang semakin kritikal di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Pengisytiharan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, hari ini. Foto UKAS

Premier Sarawak turut mengumumkan penubuhan Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) bersama UPMS ebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negeri.

“Kerajaan Sarawak akan menyalurkan dana berpanjangan bagi memastikan kemampanan SVAS.

“Penubuhan sekolah ini kelak bakal membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar, sekali gus memperkukuh kelestarian industri ternakan serta peningkatan tahap kesihatan haiwan di Sarawak,” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, pengisytiharan UPMS sebagai universiti penuh merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan strategik institusi ini di wilayah Borneo, serta bukti komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan tinggi yang inklusif, seimbang dan berimpak tinggi terus berkembang di Malaysia Timur.

Majlis bersejarah ini turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dan tetamu kenamaan lain.

Majlis pengisytiharan penjenamaan semula UPMS diadakan penuh istiadat di Istana Alam Shah, Klang telah diisytiharkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang juga Canselor UPM.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UPM Cawangan Sarawak dijenama semula Universiti Putra Malaysia Sarawak
Next: SMK Bahasa Malaysia sambut Jubli Emas, pembangunan sekolah diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.