Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UPMS anjur SeDarah 3.0, bantu tingkatkan bekalan darah Hospital Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

UPMS anjur SeDarah 3.0, bantu tingkatkan bekalan darah Hospital Bintulu

Utusan Sarawak 6 hours ago
POSTER Program Derma Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan (SeDarah) 3.0 yang akan bertempat di Bilik Kuliah 2 dan 3, Dewan Kuliah Pusat 1, UPMS.

BINTULU: Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menerusi Kolej Sri Rajang dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Bintulu akan menganjurkan Program Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan (SeDarah) 3.0 pada Sabtu ini bagi membantu menampung keperluan bekalan darah di Hospital Bintulu.

Program yang akan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Kuliah 2 dan 3, Dewan Kuliah Pusat 1, UPMS itu bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan warga kampus.

Menurut satu kenyataan, program berkenaan dianjurkan oleh Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang bagi sesi akademik 2026/2027.

Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk menderma darah ialah penderma mestilah berumur antara 18 hingga 60 tahun, mempunyai berat badan minimum 45 kilogram, berada dalam keadaan kesihatan yang baik, tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, tidur yang mencukupi iaitu melebihi lima jam, serta tidak mengambil minuman beralkohol sebelum pendermaan darah dilakukan.

Program itu terbuka kepada pelajar, staf universiti dan orang awam yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jeane di talian 019-8614617 atau Rosaidah di 014-3415769.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP lancar program kitar semula bersama gereja Methodist untuk memupuk komuniti lestari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.