Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Upacara sembahyang Kristian sempena Hari Polis ke-219 eratkan silaturahim warga PDRM
  • Tengah
  • WILAYAH

Upacara sembahyang Kristian sempena Hari Polis ke-219 eratkan silaturahim warga PDRM

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam bersama Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pihak gereja.

SIMANGGANG: Sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 tahun, satu upacara sembahyang agama Kristian telah diadakan di Gereja Katolik Our Lady of Queen Simanggang, semalam.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, program itu dianjurkan bersama Kelab Penganut Agama Kristian (KPAK) IPD Sri Aman dan Batalion 23 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman.

Majlis berkenaan melibatkan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam, ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta anggota Batalion 23 PGA bersama ahli keluarga masing-masing.

Upacara sembahyang tersebut diketuai oleh Rev Father Jerome Juleng dengan penuh tertib dan harmoni.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam bersama Pengerusi PERKEP IPD Sri Aman, Olivia Nayun Kunsu. Turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, Superintenden Frediel Nyambong dan Pengerusi PERKEP batalion berkenaan, Helena Jubing.

UNTUK KENANGAN…Rev Father Jerome Juleng bersama dengan warga IPD Sri Aman.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Neil Beginda serta Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman, DSP Lawrence Saran.

Program berkenaan bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan antara penganut agama Kristian dalam kalangan warga IPD Sri Aman dan Batalion 23 PGA Sri Aman. Selain itu, ia turut menekankan nilai kerohanian dan kesejahteraan dalam diri setiap pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir.

Dalam majlis sama, Dennis merakamkan penghargaan kepada pihak gereja atas kesudian menyediakan ruang dan tempat bagi penganjuran upacara tersebut.

Sebagai tanda penghargaan, beliau bersama Pegawai Pemerintah Batalion 23 PGA Sri Aman turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada pihak gereja.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PIBG jadi jambatan penting kukuhkan hubungan sekolah dan ibu bapa
Next: Chee Kadir ziarah Ketua Kaum Kampung Sungai Benang jalani pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.