Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UP-DLP Sarawak bukti kesiapsiagaan sistem pendidikan negeri
  • PENDIDIKAN

UP-DLP Sarawak bukti kesiapsiagaan sistem pendidikan negeri

Utusan Sarawak 12 hours ago
GAMBAR hiasan

KUCHING: Ujian Penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UP-DLP Sarawak) mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP) di Sarawak, selaras dengan komitmen kerajaan Sarawak meningkatkan penguasaan mata pelajaran dan kecekapan bahasa dalam kalangan pelajar.

Penilaian berkenaan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), Putrajaya, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang membolehkan Sarawak melaksanakan penilaian berasaskan negeri di bawah kerangka DLP Sarawak.

Pelaksanaan UP-DLP Sarawak melibatkan kerjasama erat pelbagai pihak berkepentingan, termasuk KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sekolah dan pendidik di seluruh negeri, Swinburne Innovation Malaysia Sdn. Bhd. (SWIM) selaku agensi pelaksana, serta institusi rakan strategik i-CATS University College dan University of Technology Sarawak (UTS).

Selain itu, ia turut disokong oleh agensi peperiksaan, keselamatan dan logistik, selain penglibatan ibu bapa serta pelajar bagi memastikan kelancaran keseluruhan proses penilaian.

Walaupun berdepan beberapa kekangan peraturan dan operasi, UP-DLP Sarawak dilaksanakan sepenuhnya mengikut standard peperiksaan kebangsaan dan keperluan KPM, sekali gus menjamin kredibiliti, pengiktirafan serta kesinambungan pembelajaran pelajar.

Persiapan rapi turut dilakukan merangkumi penyediaan garis panduan, penubuhan jawatankuasa pelaksana, pematuhan protokol keselamatan peperiksaan yang ketat, taklimat di seluruh negeri, pendaftaran dalam talian, penggubalan dan tapisan soalan, percetakan, pengedaran, penyeliaan serta proses pemarkahan.

Operasi logistik dan keselamatan di peringkat negeri juga berjaya dilaksanakan, termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar, hasil kerjasama kukuh antara agensi berkaitan, dengan keselamatan pelajar serta integriti peperiksaan menjadi keutamaan.

Kejayaan pelaksanaan UP-DLP Sarawak jelas membuktikan keupayaan sistem pendidikan Sarawak, tahap profesionalisme para pendidik serta kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi penilaian berstruktur dan berpiawaian.

Dalam pada itu, kementerian menghargai pandangan serta cadangan yang dikemukakan oleh beberapa pihak berhubung penambahbaikan UP-DLP Sarawak. Namun, kerangka pelaksanaan sedia ada akan dikekalkan kerana ia perlu mematuhi kelulusan dan peruntukan perundangan KPM, selain mengelakkan kekeliruan dalam kalangan guru, pelajar dan ibu bapa.

Mengulas lanjut, pengenalan semula penilaian berpusat di Tahun Empat mulai 2026 serta kesinambungan penilaian Tingkatan Tiga dilihat mengukuhkan peranan penilaian berpiawaian dalam memastikan keadilan, kebolehbandingan dan jaminan kualiti pendidikan di peringkat nasional.

Sehubungan itu, UP-DLP Sarawak disifatkan sebagai satu inisiatif awal yang selaras dengan semangat MA63, sekali gus mencerminkan kesiapsiagaan institusi, keupayaan teknikal dan kematangan tadbir urus Sarawak dalam mentadbir penilaian berpiawaian dalam kerangka pendidikan negara.

Continue Reading

Previous: Pengambilan guru kontrak tidak jejas peluang calon guru simpanan sedia ada – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.