Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Untung bersih Sarawak Oil Palms susut kepada RM110.95 juta pada suku ketiga
  • BISNES

Untung bersih Sarawak Oil Palms susut kepada RM110.95 juta pada suku ketiga

Utusan Sarawak 17 hours ago
SARAWAK Oil Palms Bhd mencatatkan penurunan keuntungan bersih Q3 2025 kepada RM110.95 juta.

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd (SOPB) bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2025 susut kepada RM110.95 juta daripada RM121.80 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia syarikat itu berkata kerugian dalam perbelanjaan operasi berjumlah RM11.85 juta bagi suku berkenaan, berbanding keuntungan RM26.40 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya memberi tekanan kepada keuntungan.

Hasil syarikat juga menurun kepada RM1.34 bilion daripada RM1.38 bilion sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama, SOPB merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM316.63 juta, berbanding RM306.95 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, hasil meningkat kepada RM4.08 bilion daripada RM3.85 bilion, didorong oleh kenaikan harga jualan yang direalisasikan sepanjang suku berkenaan.

Syarikat itu berkata prospek kumpulan akan terus dipacu oleh pengeluaran tandan buah segar (FFB) mengikut corak kelaziman, pergerakan harga minyak boleh makan global, serta kesan rantaian bekalan terhadap baja, bahan kimia dan harga bahan api, yang memberi impak kepada kos pengeluaran.

“Kumpulan sedang mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran melalui pengurusan lebih cekap, kawalan kos dan program penanaman semula. Bagaimanapun, industri dijangka terus menghadapi cabaran susulan keadaan ekonomi global dan harga komoditi yang tidak menentu,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tidak berubah, tinggi dalam dagangan awal
Next: Ringgit dibuka mengukuh, kembali cecah paras 4.12 berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.