Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bintulu Port catat kenaikan pendapatan operasi
  • BISNES

Bintulu Port catat kenaikan pendapatan operasi

Utusan Sarawak 2 years ago
(Dari Kiri) Ruslan Abdul Ghani, Datuk Abdul Mutalib Alias, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan Dato Sri Fong Joo Chung dalam satu sesi sidang akhbar semasa Mesyuarat Agung Bintulu Port Holding Berhad di Kuching, hari ini. Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) melakar rekod cemerlang apabila mencatat kenaikan pendapatan operasi sebanyak RM791.26 juta pada tahun lalu.

Menurut Pengerusi BPHB, Datuk Abdul Mutalib Alias, jumlah tersebut sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 8.6 peratus berbanding 2021.

Bercakap semasa sidang media, beliau mendedahkan daripada jumlah keseluruhan pendapatan tersebut, pendapatan gas asli cecair (LNG) menyumbang 49 peratus daripada jumlah pendapatan operasi dan terus kekal menjadi penyumbang pendapatan utama.

“Peningkatan dalam jumlah kargo yang dikendalikan oleh ketiga-tiga anak syarikat operasi turut menyumbang kepada pendapatan operasi yang cemerlang ini.

”Namun demikian, keuntungan selepas cukai menurun kepada RM127.72 juta berbanding RM363.19 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya,” katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 BPHB di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Abdul Mutalib memberitahu penurunan tersebut direkodkan berikutan terdapat transaksi sekali sahaja dalam pengiktirafan aset cukai tangguh daripada elaun cukai pelaburan yang tidak digunakan pada 2021.

Bagaimanapun tegasnya, asas kewangan yang kukuh dan ketahanan operasi Kumpulan BPHB sebagai pembekal perkhidmatan pelabuhan dan marin membolehkannya mencapai beberapa tonggak korporat pada 2022.

Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pengarah BPHB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Datuk Seri Fong Joo Chung serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ruslan Abdul Ghani.

 Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Serangan siber terhadap perniagaan di Malaysia meningkat 197 peratus pada 2022
Next: Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah di Miami bernilai AS$1.225 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.