Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Universiti Fudan bakal buka cawangan di Miri, fokus perubatan berasaskan biodiversiti Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Universiti Fudan bakal buka cawangan di Miri, fokus perubatan berasaskan biodiversiti Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
RASMI…Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lima dari kanan) menekan butang simbolik merasmikan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Jubli Intan SMK Long Lama di sini, malam tadi.

MIRI: Kelulusan penubuhan cawangan Universiti Fudan di sini dilihat sebagai langkah strategik Sarawak dalam melonjakkan penyelidikan perubatan berasaskan sumber biodiversiti tempatan ke peringkat global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan itu bukan sahaja mengukuhkan sektor pendidikan tinggi negeri, malah membuka ruang kepada penerokaan pendekatan baharu dalam bidang perubatan yang menggabungkan pengetahuan herba Timur dengan amalan perubatan Barat.

Menurut beliau, Sarawak memiliki kekayaan biodiversiti yang berpotensi besar untuk diteroka, khususnya dalam usaha menghasilkan ubat-ubatan berasaskan sumber semula jadi bagi merawat pelbagai penyakit termasuk kanser.

“Persoalannya sekarang ialah sama ada kita boleh mengekstrak molekul daripada biodiversiti Sarawak untuk dijadikan perubatan genetik atau perubatan semula jadi bagi merawat penyakit sedia ada. Kita sebenarnya sudah mempunyai molekul semula jadi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Jubli Intan SMK Long Lama di sini, malam tadi.

Menurut Abang Johari,  pelaksanaan inisiatif tersebut memerlukan penglibatan saintis daripada pelbagai disiplin bagi mempercepatkan penemuan, termasuk melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Kawasan  Baram, Belaga dan Kapit dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi untuk penyelidikan tersebut kerana kawasan itu kaya dengan biodiversiti,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abang Johari  mengumumkan sumbangan berjumlah RM150,000 kepada SMK Long Lama dan komuniti setempat, melibatkan RM60,000 untuk pembangunan sekolah, RM45,000 kepada alumni serta RM45,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sarikei berjaya tangkap buaya di kawasan perumahan Taman Susur Jambu
Next: Kerajaan Sarawak dijangka umum bantuan  tangani kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.