Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Universiti Canterbury jalin kerjasama strategik
  • TEMPATAN

Universiti Canterbury jalin kerjasama strategik

Utusan Sarawak 4 hours ago
PAUL Ballantine (dua,kiri), Pengerusi Eksekutif Petros, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo (kiri) dan Dato Alex K.K Ting (tiga,kiri) ketika sidang media pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

KUCHING: Universiti Canterbury (UC) dari New Zealand terus memperkukuh hubungan strategik bersama Sarawak melalui pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), sekali gus memantapkan kerjasama dalam pendidikan, penyelidikan dan pertukaran pengetahuan.

Majlis Minum Petang dan sidang media yang diadakan di sini turut dihadiri Dekan Eksekutif UC, Prof. Paul Ballantine, serta Pengerusi Eksekutif Petros, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo.

Kerjasama berkenaan menjadi lanjutan kepada hubungan bersejarah antara UC dan Malaysia yang telah terjalin sejak lebih 70 tahun lalu melalui Rancangan Colombo yang membuka peluang besar kepada pembangunan pendidikan serantau.

Menurut Prof. Ballantine, komitmen UC terhadap kerjasama dua hala terus dipertegaskan melalui MoU terbaharu ini.

PAUL Ballantine (dua,kiri), Pengerusi Eksekutif Petros, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo (kiri) dan Dato Alex K.K Ting (tiga,kiri) ketika sidang media pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“UC mempunyai hubungan mendalam dengan Malaysia, dan kerjasama ini memberi ruang lebih luas dalam inovasi, penyelidikan serta pembangunan bakat. Usaha bersama dengan SDEC dan Petros mencerminkan prinsip kami untuk terlibat secara lokal, terhubung secara global,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa lebih 250 pelajar Malaysia kini menuntut di UC, manakala alumni dari Malaysia memainkan peranan penting dalam sektor perniagaan, pendidikan dan pembangunan komuniti.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa pembabitan Petros dalam MoU tersebut mampu memperkukuh aspek pembangunan modal insan dan kolaborasi penyelidikan yang lebih mendalam.

“Kerjasama dengan Universiti Canterbury memberi nilai tambah kepada Petros dari segi perkongsian pengetahuan dan teknologi. Ia membantu memperkasa tenaga kerja yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi keperluan industri tenaga masa depan,” katanya.

Beliau menambah bahawa hubungan tersebut turut memperkukuh usaha mempromosikan Sarawak dan New Zealand melalui pertukaran ilmu, latihan serta program pembangunan bakat yang menguntungkan kedua-dua pihak.

“Inisiatif ini bukan sahaja membuka laluan kepada pengukuhan industri, tetapi juga mempromosikan kedua-dua negara melalui kerjasama akademik dan inovasi yang saling melengkapi,” ujarnya.

MoU UC dengan SDEC pula dijangka menyokong agenda ekonomi digital negeri, terutamanya dalam pembangunan teknologi, penyelidikan data, transformasi digital dan pemupukan bakat tempatan seiring usaha Sarawak menuju ekonomi berasaskan pengetahuan.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap: Sumbangan Sarawak wajar diiktiraf dalam lebihan akaun perkhidmatan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.