Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United tundukkan Liverpool, sah tiket Liga Juara-Juara
  • SUKAN

United tundukkan Liverpool, sah tiket Liga Juara-Juara

Utusan Sarawak 14 hours ago

Pemain tengah Manchester United, Kobbie Mainoo meraikan gol ketiga pasukannya ketika kemenangan dramatik 3-2 ke atas Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester. - Foto AFP

MANCHESTER: Manchester United mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas jaringan Kobbie Mainoo memastikan kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas musuh tradisi, Liverpool, di Old Trafford sebentar tadi.

United bermula garang apabila mendahului 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama menerusi Matheus Cunha dan Benjamin Sesko, namun hampir mensia-siakan kelebihan itu selepas Liverpool bangkit menyamakan kedudukan melalui Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo.

Ketika perlawanan tampak menuju keputusan seri, Mainoo muncul wira tuan rumah dengan penyudah tenang dari luar kotak penalti untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat skuad kendalian Michael Carrick.

Kejayaan itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukan United di tangga ketiga, malah memastikan mereka kembali ke pentas elit Eropah selepas dua musim tersisih.

Mainoo terus membuktikan kebangkitannya sejak Carrick mengambil alih pada Januari lalu. 

Pernah diketepikan Ruben Amorim, pemain tengah England itu baru sahaja menandatangani kontrak baharu lima tahun minggu ini sebelum meraikannya dengan gol kemenangan penuh bergaya.

United kini membuka jurang enam mata ke atas Liverpool dan pasti menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik.

Liverpool pula, meskipun tewas buat kali ke-11 dalam liga musim ini, masih berada di landasan baik untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan hanya memerlukan tiga mata daripada baki tiga perlawanan.

Skuad Arne Slot hadir ke Old Trafford tanpa tiga tonggak serangan utama — Mohamed Salah, Hugo Ekitike dan Alexander Isak — akibat kecederaan, dan ketiadaan mereka jelas dirasai.

United memanfaatkan keadaan itu dengan aksi agresif sejak awal. Cunha membuka tirai jaringan menerusi rembatan yang terkena Alexis Mac Allister sebelum menewaskan penjaga gol pilihan ketiga Liverpool, Freddie Woodman.

Sesko kemudian menggandakan kelebihan hasil susulan selepas Bruno Fernandes menanduk bola kembali ke kawasan bahaya.

Namun, Liverpool bangkit selepas rehat apabila Szoboszlai merapatkan jurang hasil kesilapan Amad Diallo sebelum Gakpo menyamakan kedudukan selepas kesilapan hantaran penjaga gol United, Senne Lammens.

Dalam aksi terbuka penuh dramatik, United akhirnya meraih gol kemenangan apabila clearance lemah Mac Allister jatuh tepat kepada Mainoo yang tidak mensia-siakan peluang.

Kemenangan itu melengkapkan ‘double’ liga pertama United ke atas Liverpool sejak musim 2015-16, sekali gus membuktikan kebangkitan luar biasa di bawah Carrick.

Selain menewaskan Liverpool, Carrick turut membawa United menumbangkan Arsenal, Manchester City dan Chelsea, menjadikan hujah untuk beliau kekal sebagai pengurus musim depan semakin sukar dinafikan. – AFP

Continue Reading

Previous: Penonton diusir susulan gangguan pada permulaan final Snuker Dunia Lelaki
Next: KBS sedia tingkatkan Geran Padanan Sukan bagi kejohanan Muay Thai antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.