Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United sekadar seri, Maguire dibuang padang
  • SUKAN

United sekadar seri, Maguire dibuang padang

Utusan Sarawak 15 hours ago
BRUNO Fernandes (kanan) diasak James Hill (kiri) ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) antara AFC Bournemouth dan Manchester United di Stadium Vitality, Bournemouth. Foto AFP

BOURNEMOUTH: Manchester United terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 menentang Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, sekali gus menganggu momentum mereka dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Skuad kendalian Michael Carrick itu dua kali mendahului, namun gagal mempertahankan kelebihan sebelum terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan pemain pertahanan, Harry Maguire dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.

Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, United membuka tirai jaringan pada awal separuh masa kedua menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes selepas Matheus Cunha dijatuhkan oleh Alex Jimenez.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Ryan Christie menyamakan kedudukan buat tuan rumah hasil hantaran Adrien Truffert.

United kembali di depan empat minit kemudian selepas sepakan penjuru Fernandes tertampan masuk ke gawang sendiri oleh pertahanan tuan rumah, James Hill.

Drama perlawanan memuncak apabila Maguire dilayangkan kad merah selepas mengasari Evanilson dalam kotak penalti, sebelum Junior Kroupi tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan 2-2.

Keputusan itu menyaksikan United kekal di tangga ketiga liga manakala Bournemouth pula melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 11 perlawanan, namun lima keputusan seri berturut-turut menyebabkan mereka kekal di tangga ke-10 dan terus ketinggalan dalam saingan memburu tiket ke pentas Eropah. – AFP

Continue Reading

Previous: Ronaldo cedera, terlepas aksi pemanas badan Piala Dunia 
Next: Welbeck ‘bunuh’ harapan Liverpool 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.