Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United pilihan juara Piala Europa
  • SUKAN

United pilihan juara Piala Europa

Utusan Sarawak 5 years ago
CERIA… Ole Gunnar Solskjaer meraikan kemenangan bersama pemainnya dan yakin pasukannya mampu menghadapi cabaran dalam saingan Piala Europa.

MANCHESTER United, Inter Milan dan Sevilla menjadi pilihan untuk muncul juara Piala Europa apabila kesemua mereka berkunjung ke Jerman untuk menghadapi aksi suku akhir selepas saingan itu terganggu sebelum ini akibat pandemik Covid-19.

Kesemua lapan perlawanan suku akhir musim ini akan berlangsung secara tertutup di empat venue utama iaitu di Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen.

Ketika tiket ke Liga Juara-Juara bakal menanti pemenang pada aksi final 21 Ogos di Cologne, banyak perubahan yang berlaku sejak pandemik Covid-19 yang menjejaskan bola sepak Eropah bermula Mac lalu.

“Terdapat peraturan dan undang-undang ketat. Kami perlu bersama-sama sepanjang masa di hotel dan ketika sesi latihan,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

United, pemenang edisi 2017, akan bertemu FC Copenhagen pada awal pagi Selasa manakala Inter bertemu Bayer Leverkusen di Dusseldorf Arena.

Penyerang England, Jesse Lingard yang diturunkan ketika United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Ajax pada final tiga tahun lalu, yakin kelabnya itu mampu memenangi Piala Europa buat kali kedua.

“Kami tidak sabar untuk turun beraksi. 100 peratus saya ingin memenanginya sekali lagi.

“Menjulang trofi itu adalah sesuatu yang cukup istimewa dan tidak dapat dijelaskan perasaannya. Kemudian anda membawa keyakinan itu pada saingan seterusnya.

“Kami mempunyai campuran barisan pemain muda serta berpengalaman dan ia pasti menarik bagi barisan pemain muda untuk memenangi piala itu,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kesilapan Varane sekat Real Madrid
Next: Penelitian terakhir sebelum tentukan jurulatih hoki negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.