Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United lonjak ke tangga ketiga, Spurs terus merana
  • SUKAN

United lonjak ke tangga ketiga, Spurs terus merana

Utusan Sarawak 4 hours ago

Benjamin Sesko muncul wira apabila golnya melonjakkan Manchester United ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris. Foto AFP

LONDON: Manchester United melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 hasil jaringan kemenangan Benjamin Sesko di Old Trafford.

Penyerang Slovenia itu yang diberi kepercayaan oleh pengendali sementara, Michael Carrick membalas kepercayaan tersebut dengan gol penting untuk memastikan United kekal tanpa kalah di bawah kendaliannya.

Palace terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila Maxence Lacroix menanduk masuk sepakan penjuru Brennan Johnson. 

Namun, kebangkitan United bermula selepas Lacroix dilayangkan kad merah kerana mengasari Matheus Cunha di dalam kotak penalti.

Bruno Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Dean Henderson sebelum mencipta gerakan gol kedua yang disudahkan Sesko.

Kemenangan itu menyaksikan United mengutip 19 mata, sekali gus mengukuhkan peluang kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu, Tottenham Hotspur terus dihimpit tekanan apabila tewas 1-2 kepada Fulham di Craven Cottage.

Tottenham kekal tanpa kemenangan pada 2026 selepas tewas kepada Fulham di Craven Cottage. Foto AFP

Pengendali sementara Spurs, Igor Tudor masih gagal mencatat kemenangan selepas dua perlawanan dan mengakui pasukannya berdepan masalah besar.

Gol Harry Wilson dan Alex Iwobi meletakkan Fulham selesa sebelum Richarlison menjaringkan gol sagu hati lewat permainan. 

Spurs kini hanya empat mata di atas zon penyingkiran dan satu-satunya pasukan EPL yang belum menang pada 2026.

Keputusan lain menyaksikan Nottingham Forest tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion manakala pendahulu liga Arsenal terus diasak selepas Manchester City merapatkan jurang kepada dua mata.- AFP

Continue Reading

Previous: Kemarau lapan tahun berakhir, Jin Wei rangkul gelaran di Singapura
Next: Kuching City kecewakan Imigresen FC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.