Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United kembali di landasan betul – Amorim
  • SUKAN

United kembali di landasan betul – Amorim

Utusan Sarawak 4 hours ago

Bruno Fernandes meraikan jaringannya menentang Wolves. Foto AFP

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, berkata pasukannya telah “banyak meningkat” selepas melonjak semula dalam perebutan slot Liga Juara-Juara dengan membelasah Wolves 4-1 di Molineux, awal pagi tadi.

United bangkit daripada keputusan hambar minggu lalu ketika seri dengan West Ham, disemarakkan oleh dua gol Bruno Fernandes, selain jaringan Bryan Mbeumo dan Mason Mount.

Wolves sempat menyamakan kedudukan menerusi Jean-Ricner Bellegarde, gol pertama mereka dalam enam perlawanan semua kejohanan — dan juga gol liga pertama sejak 26 Oktober. 

Namun selepas itu United mempamerkan dominasi penuh dengan tiga gol pada babak kedua.

Kemenangan ini hanya kemenangan kedua United dalam enam perlawanan terakhir, selepas kekalahan memalukan 1-0 kepada Everton yang bermain dengan 10 orang pada 24 November, serta seri 1-1 dengan West Ham 10 hari kemudian.

Dengan Amorim kelihatan semakin tertekan kebelakangan ini, kemenangan sangat diperlukan ketika mereka berdepan Wolves yang menghuni tangga bawah liga. 

Tiga mata ini menyaksikan United di tangga keenam, kini hanya satu mata memisahkan mereka daripada kelompok empat teratas.

“Saya sangat gembira dengan cara kami bermain di babak kedua. Kami mempunyai tempo yang baik, membuat keputusan yang berkualiti. Wolves berada dalam situasi sukar dan ini malam yang positif,” kata Amorim.

“Kami perlu meningkatkan kualiti hantaran dan rembatan. Tapi jelas kami mencipta lebih banyak peluang berbanding musim lalu dan menghasilkan lebih banyak situasi berbahaya.”

Wolves terus merudum

Kekalahan ini adalah kekalahan liga kelapan berturut-turut buat Wolves, menyamai rekod terburuk mereka sejak musim 1981–82. 

Pengurus baharu, Rob Edwards, masih kempunan kemenangan sejak mengambil alih daripada Vitor Pereira pada November.

Wolves hanya mengutip dua mata daripada 15 perlawanan, dan jika gagal menang menentang Arsenal atau Brentford selepas ini, mereka bakal menyamai rekod permulaan tanpa kemenangan terpanjang Liga Perdana (17 perlawanan) yang pernah dicatat Sheffield United.

Malah rekod paling sedikit mata musim Liga Perdana — 11 mata oleh Derby County — kini juga berada dalam ancaman. – AFP

Continue Reading

Previous: Sukan SEA: Wei Chong- Kai Wun bantu Malaysia ke final berpasukan lelaki
Next: Slot ketepikan Salah ke Milan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.