Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United ikat Lammens dengan yuran perpindahan RM120 juta
  • SUKAN

United ikat Lammens dengan yuran perpindahan RM120 juta

Utusan Sarawak 3 days ago

Kehadiran Lammens diharapkan dapat memperkukuh posisi penjaga gol United. -Foto X

LONDON: Manchester United, semalam melengkapkan perpindahan penjaga gol Antwerp, Senne Lammens pada hari terakhir jendela perpindahan, selain melepaskan tiga pemain berprofil tinggi yang gagal menyerlah iaitu Rasmus Hojlund, Antony dan Jadon Sancho.

Skuad bimbingan Ruben Amorim menjalani rombakan besar-besaran pada musim panas ini selepas melalui musim terburuk Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh 51 tahun, ditambah kekalahan perit di final Liga Europa kepada Tottenham.

United turut merombak barisan serangan dengan membawa masuk Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko dengan jumlah keseluruhan yuran perpindahan sekitar £200 juta (RM1.18 bilion).

Amorim juga berhasrat memperkukuh posisi penjaga gol selepas permulaan hambar daripada Andre Onana dan Altay Bayindir.

Beberapa nama besar dilaporkan dipertimbangkan, termasuk penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez, sebelum persetujuan dicapai bagi mendapatkan Lammens dengan yuran €21 juta (RM120 juta) ditambah klausa tambahan.

“Saya amat berbangga dapat menyertai Manchester United ia benar-benar mimpi menjadi kenyataan.

“Beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu perjalanan yang luar biasa, kini ia berakhir di destinasi yang menakjubkan dan mudah-mudahan menjadi permulaan sesuatu yang istimewa.

“Anda boleh merasakan suasana positif yang sedang dibina di sini, dan saya tahu saya boleh memberikan impak sebenar di kelab ini untuk tahun-tahun akan datang,” kata pemain berusia 23 tahun itu selepas menandatangani kontrak sehingga 2030 di Old Trafford.

Pengarah bola sepak, Jason Wilcox berkata: “Senne adalah penjaga gol muda yang cemerlang dengan potensi besar. Kami gembira dia memilih untuk menyertai Manchester United walaupun menerima minat serius daripada beberapa kelab lain.”

Dalam pada itu, Hojlund dipinjamkan ke Napoli, manakala Sancho menyertai Villa hingga akhir musim. 

Real Betis pula mengumumkan pembelian pemain sayap antarabangsa Brazil, Antony dengan kontrak lima tahun. – AFP

Continue Reading

Previous: Isak mahu lakar sejarah, menang trofi bersama Liverpool
Next: Arsenal sambar Piero Hincapie secara pinjaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.