Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • United akhirnya menang di Hong Kong
  • SUKAN

United akhirnya menang di Hong Kong

Utusan Sarawak 3 days ago

Heaven meraikan gol ketiga bersama Obi.

HONG KONG: Manchester United menamatkan jelajah pra musim mereka selepas bangkit menewaskan Hong Kong 3-1, sebentar tadi.

Casemiro menjaringkan gol awal yang dibatalkan sebelum Shea Lacey terlepas peluang terbaik untuk meletakkan United di hadapan, tetapi pasukan tuan rumah terlebih dahulu yang membuka jaringan apabila rembatan Juninho melepasi Tom Heaton pada minit ke-19.

Chido Obi yang dimasukkan pada separuh masa berjaya menyamakan kedudukan hanya lima minit selepas babak kedua bermula menerusi satu penyudah kaki kiri yang kemas.

Obi mensia-siakan peluang untuk meletakkan United di hadapan apabila tandukan sedikit tersasar, tetapi dia menebus kesilapannya dengan satu tandukan cemerlang 10 minit sebelum tamat perlawanan. 

Ayden Heaven menjaringkan gol lewat untuk menjadikan kedudukan 3-1 sekali gus menebus malu selepas tewas mengejut 0-1 di tangan Asean All Stars dalam aksi pra musim pertama mereka di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.- Agensi

Continue Reading

Previous: Terbuka Singapura 2025: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Next: Liverpool ikat Frimpong selama lima tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.