Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Unit Saberkas Pekan Marudi pilih AJK Baharu Sesi 2026-2029
  • Utara
  • WILAYAH

Unit Saberkas Pekan Marudi pilih AJK Baharu Sesi 2026-2029

Utusan Sarawak 3 hours ago
AHLI jawatankuasa baharu Unit Saberkas pekan Marudi sesi 2026-2029.
 

MARUDI: Ahli jawatankuasa baharu Unit Saberkas Pekan Marudi digesa meneruskan kerjasama erat dengan Cawangan Saberkas demi memajukan Saberkas Marudi.

Setiausaha Saberkas Cawangan Marudi, Nazarunie Solhie, berharap ahli baharu yang dilantik dan dipilih dalam Mesyuarat Agung Tritahunan bagi sesi 2026-2029 baru-baru ini mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada ahli-ahli lama dalam Unit ini, terutamanya mereka yang baharu mendaftar sebagai ahli Saberkas.

Beliau turut menasihati agar ahli-ahli Unit meneruskan agenda yang telah dirancang tahun ini, terutamanya dalam melaksanakan lebih banyak aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti lain.

Mesyuarat Agung yang diadakan di bilik mesyuarat sebuah hotel di sini baru-baru ini menyaksikan Jiku Juguong mengekalkan jawatan Pengerusi Unit Saberkas Pekan Marudi, manakala Mohd Azman Mohd Affendi Tie dipilih sebagai Naib Pengerusi.

Supardi Hamden dilantik sebagai Setiausaha, manakala Syed Mohd Zafran Zainuddin Syed Nasir dilantik sebagai Naib Setiausaha.

Yusri Amin dikekalkan untuk memegang jawatan Bendahari, manakala ahli jawatankuasa (AJK) yang turut dipilih ialah Mohd Saifullah Mohd Affendi Tie, Mohd Fadhilah Anbia, Andrian Edwin, dan Casidy Ya’aman.

Dalam pemilihan AJK baharu itu, 70 peratus jawatan dipegang oleh belia berusia 16 – 40 tahun manakala 30 peratus jawatan dipegang belia dewasa berusia 40 tahun ke atas.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Timbalan Pengarah JPJ Sarawak lawat JPJ UTC Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.