Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Unit DNeX, Shanghai E&P meterai HOA sedia penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan
  • BISNES

Unit DNeX, Shanghai E&P meterai HOA sedia penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Bhd (DNeX), iaitu Dagang Net Technologies Sdn Bhd (DNT), menandatangani perjanjian dasar induk (HOA) dengan Shanghai E&P International Inc (E&P) bagi menyediakan penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DNeX berkata HOA tersebut bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam menyediakan penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan dan pertukaran yang menghubungkan perusahaan di Malaysia dengan rakan niaga mereka di China.

“HOA ini akan berkuat kuasa pada tarikh pemeteraian untuk tempoh setahun kecuali ditamatkan lebih awal mengikut terma dalam perjanjian. Tempoh ini juga boleh dilanjutkan melalui persetujuan bersama secara bertulis,” menurut kenyataan itu.

DNeX turut menjelaskan bahawa visi perjanjian itu adalah untuk mewujudkan pergerakan logistik kargo laut rentas sempadan serta impak jejak karbon antara pelabuhan di Malaysia dan China.

“Menerusi HOA ini, kami merintis kerjasama dan kesalinghubungan dalam memudahkan proses pelepasan rentas sempadan ke Shanghai dan e-pelabuhan serantau lain di China, serta pertukaran dokumen dagangan untuk mempercepatkan pelepasan dan kegunaan dalam proses dagangan dan bukan dagangan,” katanya.

Ia berkata HOA ini menjadi asas komitmen antara kedua-dua pihak untuk meneroka penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan menerusi pemahaman bersama terhadap strategi dan keperluan perniagaan.

“HOA ini tidak akan memberi sebarang kesan material terhadap aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, dan ia juga dijangka tidak memberi kesan material terhadap pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan yang sama,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM383.77 juta
Next: Press Metal catat untung bersih suku pertama lebih tinggi kepada RM461.76 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.