
PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dilantik semula sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Mac 2026 hingga 14 Mac 2029.
Watikah pelantikan itu disampaikan dalam satu kunjungan hormat oleh pengurusan tertinggi Unimas yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie bersama Naib Canselor Unimas, Profesor Dr Ahmad Hata Rasit di Kompleks Satria Pertiwi, di sini.
Pelantikan semula itu merupakan kali keempat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memegang jawatan berkenaan sejak pertama kali dilantik pada 15 Mac 2017.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan dan latihan, termasuk pengambilan pelajar, penglibatan pakar industri dalam latihan profesional, serta perkembangan dan pencapaian semasa universiti dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembanguna
Dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan Unimas turut memaklumkan mengenai penubuhan Fakulti Undang-Undang yang baharu sekali gus menjadikannya fakulti ke-11 di universiti tersebut.
Pengambilan pertama pelajar bagi fakulti berkenaan dijadualkan bermula September ini dengan sasaran seramai 30 pelajar.
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Ir. Ts. Dr Al-Khalid Othman; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Fitri Suraya Mohamad Hapni Joblie; Pendaftar, Azlan Ramli; serta Dekan Fakulti Undang-Undang, Johan Shamsudin Sabaruddin.- JAPEN