Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Unimas nafi unsur penganiayaan manusia, kes kematian seekor anak kucing
  • TEMPATAN

Unimas nafi unsur penganiayaan manusia, kes kematian seekor anak kucing

Utusan Sarawak 3 weeks ago
NAIB Canselor Unimas, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit bercakap ketika ditemui media di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Unimas 2025 berhubung isu kematian seekor anak kucing di Unimas.
 

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menafikan berlaku sebarang unsur penganiayaan manusia dalam kes kematian seekor anak kucing yang dilaporkan di kawasan kolej kediaman Allamanda pada 18 April lalu.

Susulan kenyataan rasmi Unimas pada 20 April, siasatan Bahagian Keselamatan Unimas mengesahkan kematian anak kucing tidak melibatkan unsur jenayah atau penderaan selepas meneliti rakaman CCTV, gambar lokasi dan keterangan saksi.

Menurut Naib Canselor Unimas, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit, sebarang keterangan lanjut berhubung insiden tersebut bakal dikeluarkan oleh pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selepas siasatan rasmi selesai dijalankan bagi memastikan ketelusan dan kredibiliti siasatan.

“Unimas tiada kuasa untuk jalankan siasatan jenayah, jadi kita serahkan kepada pihak polis dan veterinar. Mereka akan bantu sahkan maklumat berkaitan.

“Saya ingin menegaskan agar orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh merosakkan imej universiti. Gambar yang tersebar sebelum ini menunjukkan kucing dewasa, namun sebenarnya yang mati adalah anak kucing.

“Berdasarkan maklumat daripada saksi termasuk petugas pembersihan serta rakaman video, anak kucing itu pada awalnya ditemui dalam keadaan sempurna dan kemudiannya dipercayai dimakan oleh ibunya sendiri, yang merupakan tingkah laku semula jadi haiwan tersebut.” katanya ketika ditemui media selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Unimas 2025.

Tambah beliau, sebagai langkah jangka panjang, Unimas kini merancang untuk menubuhkan sebuah persatuan pencinta haiwan di peringkat universiti bagi menguruskan kebajikan haiwan terbiar dengan lebih sistematik.

“Kita sedang bincangkan penubuhan persatuan ini supaya semua haiwan terbiar di kampus, termasuk kucing dan anjing, dapat dijaga dengan lebih baik. 

“Ini juga selaras dengan komitmen Unimas sebagai kampus mesra haiwan.

“Unimas turut menyeru warga kampus agar terus bekerjasama dalam memelihara kebajikan haiwan terbiar dan melaporkan sebarang kejadian yang mencurigakan kepada pihak keselamatan kampus,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo attends seminar organised by Association of Consulting Engineers Malaysia (Sarawak Branch)
Next: Penutupan sementara separuh jalan, 24 – 30 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.