Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIMAS, Kementerian Utiliti Sarawak meterai MoU
  • TEMPATAN

UNIMAS, Kementerian Utiliti Sarawak meterai MoU

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA… Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim (dua kiri) menerima cenderamata daripada Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak, Datuk Ir. Alice Jawan Empaling (dua kanan).

KOTA SAMARAHAN: Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Utiliti Sarawak, semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim bagi pihak UNIMAS dan Kementerian Utiliti Sarawak diwakili oleh Setiausaha Tetap, Datuk Ir. Alice Jawan Empiang disaksikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Madya Ir. Dr. Siti Noor Linda Taib dan Pengarah, Bahagian Pengedaran Gas, Kementerian Utiliti Sarawak, Ir Dr. Martin Anyi.

Menurut Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr.Mohamad Kadim Suaidi berkata, MoU tersebut adalah bertujuan untuk UNIMAS membangunkan modul dan menganjurkan latihan dan kursus kompetensi berkaitan dengan pengedaran gas bertekanan rendah di Sarawak selaras dengan Ordinan Gas 2016 dan Peraturan Gas yang diperkenalkan di Sarawak.

“UNIMAS memainkan peranan yang signifikan dalam membantu kerajaan negeri, yang juga merupakan pemegang taruh utama,yang mahu universiti terlibat langsung dalam meningkatkan taraf pendidikan, sosio-ekonomi selain merangsang penyelidikan dalam bidang keutamaan di Sarawak.

“Antara kursus yang akan dianjurkan oleh UNIMAS kelak adalah kursus Orang Bertanggungjawab Gas bagi tempat dan premis yang mempunyai pemasangan gas serta sijil kompetensi pemasangan gas bagi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan sistem gas tekanan rendah seperti restoran dan dobi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di UNIMAS, semalam.

Sehubungan itu, modul latihan dan kursus kompetensi yang dibangunkan nanti adalah hasil perbincangan antara Fakulti Kejuruteraan (UNIMAS) dan Bahagian Pengedaran Gas (Kementerian Utiliti Sarawak).

Beliau berkata, modul latihan dan kursus kompetensi tersebut unik kerana ia adalah penanda aras yang dibuat dengan program yang ditawarkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Fakulti Kejuruteraan (UNIMAS) pada masa ini mempunyai kemudahan dan kepakaran bagi menganjurkan banyak program latihan yang bersifat kompetensi dan bukan kompetensi dalam bidang gas.

“Dalam masa yang sama, UNIMAS turut bekerjasama dengan pihak industri bagi memastikan program yang ditawarkan adalah sesuai dengan keperluan dan kehendak industri dan semasa.Ini menjadikan program yang ditawarkan oleh UNIMAS unik dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menyerlahkan keupayaan anak Sarawak dan pada masa yang sama megurangkan kebergantungan kepada pihak luar dalam membangunkan Sarawak,” katanya.

Justeru itu, sejajar dengan kehendak pembelajaran semasa, UNIMAS komited dalam memantapkan kaedah penyampaian pembelajaran dengan menekankan kepada sistem e-pembelajaran bagi memastikan pendekatan pembelajaran menyeluruh teradun dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya, Penerapan elemen IR4.0 dijadikan perkara penting dalam industri gas akan di perkenalkan kepada para peserta.

“Kepercayaan yang diberikan oleh Kementerian Utiliti Sarawak merupakan satu pengiktirafan Kerajaan Negeri dengan kemampuan UNIMAS dalam usaha membangunkan industri gas di negeri ini.

“Melalui kursus dan latihan kompetensi yang ditawarkan ini, saya yakin aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri gas di Sarawak akan dipertingkatkan.” Katanya.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Rakyat kini bijak menilai
Next: Harden akan pertahan kerusi DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.