Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UNIMAS-Bureau Veritas perkukuh kerjasama ke arah ekonomi hidrogen, kelestarian
  • PENDIDIKAN

UNIMAS-Bureau Veritas perkukuh kerjasama ke arah ekonomi hidrogen, kelestarian

Utusan Sarawak 2 days ago
MOU…Prof Dr Siti Noor Linda Taib menyerahkan cenderamata kepada Pengerusi Bureau Veritas Malaysia, Dato’ Mohd Nizam Abdul Malik sebagai tanda kenang-kenangan. Foto Unimas

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) terus memperkukuh agenda penyelidikan dan pembangunan mampan apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Bureau Veritas (Sarawak) Sdn Bhd.

MoU tersebut menjadi langkah strategik untuk menjalin kerjasama antara pihak akademia dan industri, khususnya dalam bidang hidrogen, pensijilan hijau serta tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Unimas, Prof Dr Siti Noor Linda Taib berkata, inisiatif berkenaan selari dengan Pelan Strategik Unimas yang menekankan pemerkasaan penyelidikan, pembangunan kapasiti dan agenda kelestarian.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menggembleng kepakaran dalam penyelidikan, latihan profesional, pemindahan ilmu serta pembangunan kemudahan yang menyokong ekosistem penyelidikan lebih berimpak,” katanya pada majlis menandatangani MoU baru-baru ini.

TIMBALAN Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Unimas, Prof Dr Siti Noor Linda Taib bersama Pengerusi Bureau Veritas Malaysia, Ahmad Sazali Anuar menandatangani MoU mewakili kedua-dua pihak. Foto Unimas

Antara inisiatif yang digariskan termasuklah pembangunan makmal hidrogen khusus di Unimas, penubuhan kemudahan ujian industri dengan sokongan Bureau Veritas, penganjuran kursus kejuruteraan bertauliah serta peluang latihan industri untuk pelajar dan staf.

Selain itu, kerjasama tersebut turut memberi fokus kepada projek tenaga boleh diperbaharui seperti bangunan hijau dan solar terapung, di samping memperkukuh kerangka pensijilan hijau serta integrasi aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) mengikut piawaian global.

Majlis menandatangani MoU menyaksikan Unimas diwakili Pengarah ISuRE, Prof Dr Siti Noor Linda Taib, Prof Dr Shanti Faridah Salleh dan Timbalan Pengarah ISuRE, Dr Yonis M Yonis Buswig.

Bureau Veritas pula diwakili Pengerusi Bureau Veritas Malaysia, Dato’ Mohd Nizam Abdul Malik, Pengarah Bureau Veritas Sarawak, Ahmad Sazali Anuar, Asnan Mawardi Anuar serta Arnold Alexius Asiew.

Kerjasama ini diyakini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pintar dan rendah karbon, sekali gus menyumbang ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) negara.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: YSISS bukan untuk golongan elit – Dr. Annuar
Next: Sarawak sasar lahirkan pakar teknologi hijau, 64 kursus sains kini ditawar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.