Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR terus bantu pembangunan rumah ibadat di Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

UNIFOR terus bantu pembangunan rumah ibadat di Sarawak

Utusan Sarawak 17 hours ago
MOHAMAD Duri semasa menerima kunjungan Fr. Philip Mang dari St. Paul Church Roban di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen terhadap keharmonian dan kemajuan semua agama menerusi pemberian geran serta bantuan kewangan di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, bantuan yang disalurkan melalui UNIFOR memberi manfaat besar kepada gereja, tokong serta kuil di seluruh negeri khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur dan menaik taraf fasiliti rumah ibadat.

Menurut beliau, usaha ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan semua agama di Sarawak dapat berkembang dengan selesa dan teratur tanpa mengira latar belakang kepercayaan.

“Dengan terdapatnya geran dan bantuan kewangan daripada pihak UNIFOR, gereja, tokong mahupun kuil dapat dibantu dari segi pembangunan infrastruktur serta naik taraf fasiliti di dalam bangunan rumah ibadat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan Fr. Philip Mang dari St. Paul Church Roban di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, dekat sini kelmarin.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan beberapa perkara berkaitan permohonan dan penyaluran bantuan UNIFOR kepada pihak Gereja St. Paul Roban.

Mohamad Duri turut menegaskan bahawa setiap penerima geran UNIFOR perlu mengemukakan laporan perbelanjaan pada masa yang ditetapkan bagi memastikan ketelusan serta memudahkan urusan penilaian dan pemantauan oleh pihak berkuasa.

“Kerjasama dan kebertanggungjawaban semua pihak amat penting agar program bantuan ini dapat terus dilaksanakan secara berkesan demi manfaat masyarakat pelbagai agama di negeri ini,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kecerdasan buatan pemangkin ekonomi digital Sarawak – Michael Tiang
Next: JKM perkukuh inklusi sosial, golongan OKU terus dihargai dan disokong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.