Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR salur RM300,000 kepada Gereja St. Charles, perkukuh keharmonian luar bandar
  • Tengah
  • WILAYAH

UNIFOR salur RM300,000 kepada Gereja St. Charles, perkukuh keharmonian luar bandar

Utusan Sarawak 2 days ago
CHRISTOPHER Gira Sambang (empat kiri) menyerahkan sumbangan cek RM300,000 dari UNIFOR kepada Rev. Father Micheal. Foto: Facebook DUN Tamin


SELANGAU: Gereja St. Charles, Selangau menerima sumbangan sebanyak RM300,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam satu majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.

Penyerahan simbolik sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang kepada Rev. Father Micheal sempena sambutan Ulang Tahun Ke-6 Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Jalan Dijih dan Maga (JPKJDM).

Dalam ucapannya, Gira menegaskan bahawa kerajaan Sarawak komited untuk terus memelihara keharmonian antara penganut pelbagai agama serta memperkasa rumah ibadat, khususnya di kawasan luar bandar, menerusi inisiatif berterusan oleh UNIFOR.

 “Sumbangan ini merupakan bukti komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyokong pembangunan rumah ibadat pelbagai agama, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian khas dari segi infrastruktur dan kebajikan rohani masyarakat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara agama, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan menyeluruh komuniti luar bandar di DUN Tamin.

“Penyaluran peruntukan oleh UNIFOR mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan Sarawak dalam menjamin bahawa rumah ibadat bukan Islam di negeri ini tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Sejak penubuhannya, UNIFOR telah menjadi jambatan penting dalam memastikan keperluan masyarakat berbilang agama di luar bandar mendapat pembelaan yang adil dan seimbang,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai majlis tersebut, Gira berkata sambutan yang bertemakan ‘Komuniti Bersatu, Kawasan Maju’ turut menekankan peranan penting Jawatankuasa Pembangunan Kawasan (JPK) dalam memacu agenda pembangunan di peringkat akar umbi.

“Ini termasuk menyentuh isu kebajikan rakyat, dokumentasi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan pembangunan infrastruktur asas yang diperlukan oleh masyarakat setempat,” ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan khas oleh artis jemputan, Rickie Andrewson serta mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai rumah panjang sekitar Jalan Dijih dan Maga.

Turut hadir Pegawai Daerah Selangau, Yalin Assan, Penghulu Christopher Chat, Penghulu Andrewson Ngalai, Penghulu Julia Awal, Penghulu Thomas Jawa, Penghulu Busang Bedindang, Penghulu Nelson Chuat, Rev. Father Micheal serta penduduk setempat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Mulu serah cek MRP, minta penerima serah laporan projek
Next: Keselamatan penduduk diutamakan, jeti Kampung Pendam akan dibaiki segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.