Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • UNIFOR salur RM1,747,793 kepada tujuh institusi agama bukan Islam di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

UNIFOR salur RM1,747,793 kepada tujuh institusi agama bukan Islam di Sarikei

Utusan Sarawak 3 weeks ago

TERIMA KASIH….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan peruntukan UNIFOR kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Sebanyak RM1,747,793 di bawah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) disalurkan kepada tujuh institusi keagamaan bukan Islam bagi memperkukuh pembangunan kemudahan serta memenuhi keperluan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata peruntukan tersebut diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan fizikal dan operasi institusi penerima.

“Hari ini, saya telah menyerahkan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM1,747,793 kepada tujuh institusi keagamaan bukan Islam dan sekolah mubaligh di kawasan Sarikei.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited membantu institusi keagamaan pelbagai masyarakat supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti, selaras dengan prinsip keharmonian dan perpaduan di negeri ini,” katanya.

TERIMA KASIH….Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan peruntukan UNIFOR kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek UNIFOR bertempat di Pusat Khidmat Repok, semalam.

“Saya berharap semua penerima dapat memanfaatkan geran ini sebaik mungkin bagi menaik taraf pembangunan, baik pulih dan keperluan institusi masing-masing.

“Terima kasih kepada semua wakil institusi yang hadir dan kepada pihak yang turut membantu menjayakan sesi penyerahan ini. 

“Semoga peruntukan ini memberi manfaat berterusan kepada komuniti setempat,” katanya.

Tambahnya, penyerahan dana ini dilihat sebagai langkah berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkukuh sokongan kepada institusi masyarakat tanpa mengira latar agama, sekali gus menggalakkan pembangunan inklusif dan perpaduan.

Penerima yang menerima bantuan tersebut adalah Gereja Methodist Bee Eng, Persatuan Agama Buddha Tantrayana, Lembaga Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Anglo-Chinese, Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Kwong, SJK Su Lee, Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua dan Lembaga Pengurusan SJKC Tong Hua.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: UNIFOR salur RM1 juta bantu fasa ketiga pembinaan Namo Buddha Monastery Sibu
Next: 28 beg darah dikumpul dalam Kempen Derma Darah BSMM Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.