Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIFOR bukti Kerajaan Sarawak prihatin
  • TEMPATAN

UNIFOR bukti Kerajaan Sarawak prihatin

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merakam gambar kenangan bersama penerima dana sumbangan selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Dana UNIFOR di Wisma Bapa Malaysia,Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Unifor Charitable Trust merupakan dua entiti yang berbeza, jelas Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu mendedahkan terdapat kekeliruan di kalangan rakyat mengenai dua entiti tersebut.

“UNIFOR adalah unit di bawah jabatan Ketua Menteri sementara Unifor Charitable Trust adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO),“Pada dasarnya, Unifor adalah seperti Majlis Islam sedangkan Unifor Charitable Trust adalah seperti Baitumal – yang merupakan dua entiti atau pihak yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Bantuan UNIFOR di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Dr Sim memberitahu, UNIFOR berperanan memberikan bantuan dalam pembangunan fizikal dari segi membaikpulih atau penambahbaikan kepada rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak.

“Manakala Unifor Charitable Trust memberi tumpuan untuk memberi sokongan kepada kegiatan kebajikan dan sosioekonomi orang bukan Islam di negeri ini,” ujar Dr Sim.

Kata Dr Sim lagi melalui platform UNIFOR, membolehkan Unifor Charitable Trust menjana pendapatan untuk membantu agama-agama lain dalam hal kebajikan.

Dalam pada itu, Dr Sim mengakui penubuhan UNIFOR membuktikan kerajaan Sarawak prihatin dalam memelihara kebajikan agama-agama lain selain agama Islam untuk kesejahteraan rakyat semua.

“Ini adalah Sarawak… kita semua berkongsi sumber dan kemakmuran bersama tidak kira (latar belakang dan agama) semua orang sama ada Islam, Kristian, Buddha atau Hindu (adalah sama),” tegasnya.

Terdahulu, majlis menyaksikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Menteri Bertanggungjawab terhadap UNIFOR menyerahkan dana berjumlah RM38.747 juta kepada 52 wakil rakyat di seluruh Sarawak untuk diagihkan ke kawasan masing-masing.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: 298 wakil badan agama terima bantuan UNIFOR
Next: Jom! Sertai Pertandingan Membuat Kuih Bulan Bersalji Kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.