Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNHCR akan tutup pejabatnya di Angola akibat kekurangan dana
  • TEMPATAN

UNHCR akan tutup pejabatnya di Angola akibat kekurangan dana

Utusan Sarawak 2 days ago

LUSAKA, Zambia: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) akan menutup pejabatnya di Angola pada suku terakhir tahun 2025 disebabkan kekurangan dana berikutan penurunan dalam pembiayaan dan sumbangan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Wakil UNHCR di Angola, Emmanuelle Mitte, berkata ‘situasi global’ telah menyebabkan agensi itu berdepan kekangan kewangan, yang menjejaskan usaha membantu pelarian dan pelaksanaan penuh operasi pejabat berkenaan.

Namun begitu, Mitte memberi jaminan bahawa penutupan pejabat itu tidak akan menjejaskan sokongan UNHCR kepada kerajaan Angola dalam memberi bantuan kepada lebih 56,000 pelarian, memandangkan agensi itu merancang untuk membuka sebuah pejabat di Afrika Selatan bagi menyelia aktiviti UNHCR di Angola, lapor Agensi Berita Angola.

Mitte menambah bahawa beberapa dana juga sedang digerakkan untuk mewujudkan sebuah ‘pejabat kecil’ di Angola yang akan dikendalikan oleh dua pegawai.

UNHCR di Angola kini mengurus kira-kira 56,000 pelarian daripada pelbagai kewarganegaraan, kebanyakannya dari negara jiran, Republik Demokratik Congo.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima taklimat projek pembangunan Sadong Jaya
Next: Keselamatan diutamakan menjelang Hari Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.