Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Undian Piala Dunia 2026 diadakan 5 Dis di Washington
  • SUKAN

Undian Piala Dunia 2026 diadakan 5 Dis di Washington

Utusan Sarawak 11 hours ago
PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino, berbincang mengenai Piala Dunia 2026 bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Naib Presiden JD Vance di Pejabat Oval, White House pada 22 Ogos 2025 di Washington, DC. Trump mengumumkan bahawa majlis undian Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung di The Kennedy Center. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa undian peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 akan diadakan pada 5 Disember di Washington, lapor agensi berita Jerman dpa.

Bercakap di Rumah Putih bersama Presiden FIFA Gianni Infantino, Trump berkata majlis undian itu akan berlangsung di Kennedy Centre di Washington.

Piala Dunia dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Kejohanan itu diperluas daripada 32 pasukan sebelum ini kepada 48 pasukan yang akan dibahagikan kepada 12 kumpulan.

Undian itu pada asalnya dijadual diadakan di Las Vegas, sama seperti Piala Dunia pertama di AS pada 1994.

Infantino dan Trump dilaporkan mempunyai hubungan rapat, selepas mereka mengadakan sidang media bersama menjelang tamat Piala Dunia Kelab di AS pada Jun lalu dan pada Julai di Trump Tower di New York. Trump juga hadir ketika majlis penyampaian trofi selepas perlawanan akhir di New Jersey.

Trump menyifatkan Piala Dunia sebagai “acara sukan terbesar” dan mengenai undian itu beliau berkata: “Ia satu penghormatan besar untuk membawa acara global ini, bersama kumpulan luar biasa serta atlet hebat – atlet terbaik dunia – ke pusat budaya ibu negara kita.”

Menjelang undian peringkat kumpulan itu, 42 daripada 48 pasukan sudah pun diketahui, manakala enam pasukan lagi akan ditentukan melalui perlawanan semula pada Mac tahun depan. Sementara itu, tempat bagi enam pasukan tersebut akan diisi sebagai pemegang tempat ketika undian berlangsung.

Tiga negara tuan rumah – AS, Mexico dan Kanada – layak secara automatik, manakala 10 pasukan sudah layak: juara bertahan Argentina, Australia, juara terbanyak Brazil, Ecuador, Iran, Jepun, Jordan, New Zealand, Korea Selatan dan Uzbekistan.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Chelsea benam West Ham, catat kemenangan pertama musim ini
Next: Hadiah mewah, pemain golf gagal raih hadiah lumayan ‘hole-in-one’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.