Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Undian pertama sidang sulit: Asap hitam tanda tiada Paus dipilih
  • GLOBAL

Undian pertama sidang sulit: Asap hitam tanda tiada Paus dipilih

Utusan Sarawak 1 day ago
ASAP hitam keluar dari cerobong Gereja Kecil Sistina menandakan tiada calon terpilih dalam undian pusingan pertama, semalam. FotoAFP

GENEVA: Sidang sulit Vatican bagi memilih Paus ke-267 bermula semalam, namun asap hitam yang kelihatan dari cerobong Gereja Kecil Sistina menandakan tiada calon terpilih dalam undian pusingan pertama, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Proses pengundian dijadual bersambung hari ini ketika gereja Katolik menantikan pengumuman pemimpin baharu mereka.

Jika Paus baharu dipilih, asap putih akan kelihatan dari cerobong sebagai isyarat diikuti pengisytiharan oleh Kardinal Protodeacon dari balkoni Basilika St. Peter.

Mengikut tradisi berabad lamanya, seramai 133 kardinal berhimpun di Vatican untuk memulakan proses pemilihan pemimpin baharu.

Mengikut peraturan, calon perlu memperoleh majoriti dua pertiga untuk dilantik sebagai Paus seterusnya.

Sidang sulit tahun ini meneruskan tradisi yang bermula pada 1492, ketika Gereja Kecil Sistina kali pertama digunakan untuk pemilihan Paus.

Walaupun dalam sejarah terdapat sidang sulit yang mengambil masa bertahun-tahun, proses pemilihan pada era moden lebih pantas.

Pada 2013, Paus Francis dipilih selepas lima pusingan undian dalam tempoh dua hari.

Paus Francis meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun akibat komplikasi kesihatan termasuk serangan jantung. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jemaah Malaysia puji inisiatif Makkah Route Arab Saudi
Next: Ketegangan memuncak: Pakistan tuduh India serang demi populariti politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.