Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Undi Dian Timbalan Ketua CCID Sarawak baharu
  • TEMPATAN

Undi Dian Timbalan Ketua CCID Sarawak baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAH TUGAS…Collin Babat (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Sarawak antara DSP Undi Dian (kanan) dan ASP Dayang Tantysera Abang Ibrahim di IPD Sibu, semalam.

SIBU: DSP Undi Dian dilantik menjadi Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Sarawak yang baru.

Beliau sebelum ini yang bertugas sebagai ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Sibu sejak 16 Julai 2010 akan bertanggungjawab atas jenayah korporat dan kewangan di bawah jawatan baharunya.

Majlis Serah Terima Tugas antara Undi dan Pemangku Ketua BSJK Sibu ASP Dayang Tantysera Abang Ibrahim telah diadakan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu, semalam.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Sibu, Superintenden Collin Babat.

Menurut Collin, jawatan baru Undi menarik dan strategik tetapi pada masa yang sama ia merupakan tugas yang mencabar terutama apabila terdapat peningkatan kes jenayah komersial.

“Tugas baharunya juga meliputi 28 daerah di bawah bidang kuasa polis Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Colin turut memuji Undi kerana menjadi pegawai yang rajin sepanjang berkhidmat di Sibu.

Sementara itu, Undi mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukannya di Sibu atas kerjasama mereka.

“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membantu CCID Sarawak,” ujarnya.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Lapangan terbang baharu Lawas di Sundar
Next: Hospital Miri cari waris pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.