Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNDI 18 BUKAN ALASAN
  • TEMPATAN

UNDI 18 BUKAN ALASAN

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyampaikan cek geran kepada PIBG SRK Paku Sentral yang diwakili Tuai Rumah Resely Ujih pada Sesi Pertemuan Dengan Pemimpin Akar Umbi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban dan Ahli Jawatankuasa di Spaoh, semalam.

SPAOH: Musim landas yang dijangka tiba pada awal tahun hadapan serta kebimbangan kemunculan varian baharu Covid-19 merupakan faktor utama kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) dalam jangka waktu yang terdekat.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan tersebut dicapai selepas berunding dan berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Tuduhan pembangkang yang sering diulang-ulang kononnya ia bertegas mahu mengadakan pilihan raya sekarang kerana bimbang pengundi 18 tahun ke atas adalah propaganda semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan GPS.

“Tiada jaminan bahawa mereka semua akan menjadi anti-kerajaan GPS dalam pelupusan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Pertemuan Dengan Pemimpin Akar Umbi Parti Pesaka Bumi Bersatu (PBB) Bukit Saban dan Ahli Jawatankuasa di sini, semalam.

Dalam pada itu, Uggah memberitahu musim landas dijangkakan tiba pada bulan Januari dan Februari tahun hadapan.

“Mengadakan PRN dalam musim landas ini akan menjadi tugas yang sukar apabila banjir yang besar mungkin berlaku.

“Kita telah berjaya memberi vaksin kepada 90 peratus daripada populasi dewasa layak negeri ini dan sekarang kita sedang dalam proses menjalankan program vaksinasi remaja dan suntikan dos penggalak.

“Sekiranya pada September lepas kita telah mendaftarkan kes tertinggi negara untuk beberapa hari misalnya 3,200 kes pada 7 September, 4,709 kes pada 15 September dan 2,358 kes pada 28 September dan kes kita pada masa ini berlegar di antara 400 hingga 500 kes setiap hari,” katanya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Kaji semula fungsi kawal selia – Wilson
Next: Utamakan pengetahuan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.