Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Undang-undang syariah asas pembinaan peradaban masyarakat
  • TEMPATAN

Undang-undang syariah asas pembinaan peradaban masyarakat

Utusan Sarawak 3 hours ago
RASMI…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga dari kanan) meletakkan tapak tangan pada skrin sebagai simbolik merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang- Undang Syariah 2026 di Miri hari ini.

MIRI: Pembinaan sesebuah peradaban yang kukuh tidak hanya bergantung kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan fizikal, sebaliknya memerlukan sistem perundangan yang adil sebagai tunjang utama pembentukan masyarakat bertamadun.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sejarah telah membuktikan bahawa tiada tamadun yang mampu bertahan atau mencapai kegemilangan tanpa struktur perundangan yang mantap dan berkesan.

Menurut beliau, kegemilangan tamadun Islam pada masa lalu banyak didorong oleh pelaksanaan sistem syariah yang berteraskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Undang-undang menetapkan sempadan tingkah laku, mengelakkan krisis moral serta memastikan keharmonian dalam masyarakat.

“Peradaban yang lestari dibina atas paksi keadilan, sistem perundangan yang cekap dan pembentukan nilai moral masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah 2026 di sini hari ini.

Awang Tengah berkata, undang-undang syariah bukan sekadar instrumen menghukum tetapi berfungsi sebagai benteng keadilan yang memelihara kepentingan ummah, institusi kekeluargaan dan keharmonian sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha memperkasakan perundangan Islam dengan pendekatan yang inklusif dan menghormati kepelbagaian masyarakat majmuk di negeri ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak perkukuh perlindungan tanah NCR, dakwaan pembangkang tidak berasas – Uggah
Next: RM152.7 juta diluluskan untuk 64 projek pembangunan Bukit Semuja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.