Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Umat Islam Sarawak patuh kewajipan berpuasa, tiada penangkapan direkodkan setakat ini
  • TEMPATAN

Umat Islam Sarawak patuh kewajipan berpuasa, tiada penangkapan direkodkan setakat ini

Utusan Sarawak 2 hours ago
TIMBALAN Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU Dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra DBKU di Tebingan Sungai BGS, Kampung Sourabaya Ulu, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Tiada penangkapan bagi rakyat Islam di Sarawak yang tidak berpuasa telah dicatatkan setakat ini yang memasuki hari ke-11 Ramadan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU Dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perkara ini menunjukkan umat Islam di Sarawak mematuhi tanggungjawab wajib untuk berpuasa.

“Bagi mereka yang tidak dapat berpuasa atas sebab-sebab tertentu, mereka dinasihatkan untuk tidak makan di kawasan keramaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Tebingan Sungai BGS, Kampung Sourabaya Ulu, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya melalui agensi-agensi Islam juga sering menasihati umat Islam Sarawak untuk menunaikan kewajipan berpuasa.

Katanya, satu pasukan pemantauan dan penguatkuasaan juga telah digerakkan dari semasa ke semasa dalam usaha menguatkuasakan kewajipan.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DBNA Lundu perkasa pengurusan tanah NCR komuniti Bidayuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.