Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Umat Islam di Kampung Tambirat sambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran
  • Selatan
  • WILAYAH

Umat Islam di Kampung Tambirat sambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran

Utusan Sarawak 15 hours ago
SOLAT sunat tersebut bermula sekitar 7.30 pagi dan diimamkan oleh Ustaz Hamizan Hamid yang turut menyampaikan khutbah bertemakan pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT selari dengan semangat Aidiladha. -Foto UKAS

ASAJAYA: Umat Islam di Kampung Tambirat menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan semangat kebersamaan apabila lebih 300 jemaah menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Darul Jannah, hari ini.

Solat sunat tersebut bermula sekitar 7.30 pagi dan diimamkan oleh Ustaz Hamizan Hamid yang turut menyampaikan khutbah bertemakan pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT selari dengan semangat Aidiladha.

Selepas solat, jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermaafan, diikuti dengan acara korban yang dilaksanakan secara gotong-royong di pekarangan surau.

Seekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf serta penduduk kampung.

Bagi penduduk kampung, sambutan Aidiladha bukan sahaja memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS, tetapi juga menjadi simbol perpaduan dan semangat tolong-menolong dalam masyarakat.

Penduduk setempat menyifatkan sambutan tahun ini lebih meriah dan tersusun berbanding tahun sebelumnya, hasil kerjasama erat antara jawatankuasa surau, belia kampung dan penduduk setempat.

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Tambirat, Tamel Muhammad serta penduduk sekitar dari pelbagai lapisan umur yang hadir seawal 6.45 pagi untuk menunaikan solat secara berjemaah. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya 3.2 meter berjaya ditangkap, SFC laksana operasi susulan aduan awam
Next: 18 ekor lembu korban diagihkan di kawasan Parlimen Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.