Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Umat Islam di Indonesia, Singapura sambut Aidiladha 27 Mei, Thailand 28 Mei
  • SEMASA

Umat Islam di Indonesia, Singapura sambut Aidiladha 27 Mei, Thailand 28 Mei

Utusan Sarawak 9 hours ago
UMAT Islam di Indonesia, Singapura sambut Aidiladha 27 Mei, Thailand 28 Mei. Foto hiasan. Foto Bernama.

JAKARTA: Umat ​​Islam di Indonesia dan Singapura akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei (Rabu) manakala sambutan itu jatuh pada 28 Mei (Khamis) di Thailand.

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasaruddin Umar berkata, keputusan itu dibuat susulan sesi isbat yang diadakan di Jakarta hari ini, berdasarkan pemerhatian bulan yang dijalankan di 88 lokasi di seluruh negara.

Beliau berkata anak bulan telah melepasi kriteria yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).

“Berdasarkan hasil pengiraan dan laporan penampakan bulan, dipersetujui 1 Zulhijah 1447 Hijrah jatuh pada Isnin, 18 Mei 2026.

“Justeru, Hari Raya Aidiladha jatuh pada Rabu, 27 Mei 2026,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Youtube, hari ini.

Sesi isbat ialah forum rasmi kerajaan untuk menentukan permulaan bulan Islam, melibatkan wakil daripada pertubuhan Islam, pakar astronomi dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Di Singapura, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata, mengikut pengiraan astronomi, anak bulan Zulhijah kekal di atas ufuk Singapura selepas matahari terbenam pada petang hari ini.

“Oleh itu, hari ini merupakan hari terakhir bagi bulan Zulkaedah. Oleh itu, bulan Zulhijah 1447H akan bermula pada hari Isnin, 18 Mei 2026.

Ini bermakna Hari Raya Aidiladha akan jatuh pada hari Rabu, 27 Mei 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kesemua 900 jemaah haji dari republik itu selamat berlepas ke Arab Saudi dalam tiga penerbangan antara 9 dan 14 Mei.

Di Thailand, Sheikhul Islam negara itu, Arun Boonchom mengumumkan tarikh sambutan Aidiladha pada 28 Mei selepas anak bulan (hilal) tidak kelihatan di beberapa kawasan di Thailand berikutan cuaca mendung dan hujan di beberapa wilayah.

“Anak bulan tidak kelihatan selepas matahari terbenam, maka 1 Zulhijah 1447 Hijrah jatuh pada 19 Mei dan Hari Raya Aidiladha disambut pada Khamis, 28 Mei,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di televisyen, radio dan platform media sosial di sini hari ini.

Thailand mempunyai sekitar 10 juta penduduk beragama Islam, dengan majoritinya menetap di wilayah selatan seperti Pattani, Yala dan Narathiwat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak hingga tengah malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.