Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh sambut Aidiladha 29 Jun
  • GLOBAL

Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh sambut Aidiladha 29 Jun

Utusan Sarawak 2 years ago

NEW DELHI: Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun selepas anak bulan Zulhijah kelihatan di negara-negara berkenaan pada Isnin.

Di Sri Lanka, Colombo Grand Mosque turut mengumumkan Aidiladha akan disambut pada 29 Jun.

Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.

Bagaimanapun, Arab Saudi, Afghanistan, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain sebelum ini mengumumkan Aidiladha jatuh pada 28 Jun, memandangkan negara-negara berkenaan melihat anak bulan pada Ahad.

Hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun.

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan lebih sejuta jemaah haji telah pun berada di kota suci Makkah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kuwait tubuhkan kerajaan baharu
Next: Denmark mansuh syarat ujian bahasa Denmark sebagai keperluan untuk jadi jururawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.